Monday, December 29, 2014

Banjir Di Kelantan 2014


Salam semua.. 

hari ni saya duk kat Subang, rumah my sis.. study week..ada gap 5 hari sebelum exam ..

#perkembangan terbaru? hmm.  saya tak ada apa, cuma sekarang tengah musim banjir kat Kelantan. macam mana nak mula cite pon tak tahu. sebab kita tak expect akan jadi sampai macam tu.

#tsunami kecil
Ya Allah.. kadang macam tak percaya pon ada apa yang sedang berlaku kat Kelate sekarang.. sebak rasa di dada. *unpredictable conditions. hujan tak sangat..tapi air sungai yg dah tak mampu ditampung empangan dilepaskan. Kuasa Allah. kun fayakun.. 

air dah makin surut.
sumber foto : whatsapp group



bersambung.


GALLERY PHOTO BOH KELATE 2014-15

12 Januari 2016
Kesan selepas banjir di Kota Bharu.

Lumpur dimana-mana dan sangat berdebu.
Kuning tu paras air banjir
13 Januari 2016
Community Service @ Dabong

otw to Dabong





Welcome to Dabong 
Sipi-sipi je.. huhu
Briefing by ketua kampung

acah-acah je.. -..-"

Sesi ramah mesra dengan orang kampung
Picture captures thousand words..

Ada banyak benda nak cerita tapi asyik busy dan terlupa nak cerita pasal benda ni. Pengalaman yang cukup bermakna bagi insan bernama Amalina. Masa banjir haritu kitorang ada final exam, jadi memang tak boleh nak balik terus Kelate. Memang rumah kami tak kena banjir, tapi Kelate kan tanah airku jadi sedih sangat tak dapat nak buat apa-apa masa tu kecuali doa. Kesian Ila lost contact dengan family dia masa tu, rumah dia kat Tanah Merah jadi banjir kat situ agak teruk. Allahu.. benda sangat unexpected. Aku sangat terkejut dan susah nak fokus study, hari-hari orang duk share cerita pasal banjir. Tambah-tambah lagi ada kawan yang terperangkap dan tak dapat nak keluar dari Kelate, jadi exam dia terpaksa di postponed, lecturer bagi kebenaran untuk ambil special exam untuk student yang terlibat dengan banjir. Bagi aku ini peristiwa besar kedua lepas Tsunami Acheh dulu. Lepas je habis exam kitorang terus balik Kelate. Banjir dah reda tapi kesannya amat jelas. Banyak kemusnahan harta benda dan tempat tinggal. "Allah uji sebab Allah sayang." Aku tahu ada keluarga yang trauma dengan peristiwa ini, ada kanak-kanak yang nak pergi sekolah tapi sekolah tutup sebab banjir. Ada jambatan terputus, ada jalan rosak sebab tanah runtuh. Semuanya ambil berbulan lamanya untuk pulih. Kami tolong setakat yang termampu sahaja. Semoga Allah redha,


No comments:

Post a Comment