Showing posts with label #TravelogAmalina. Show all posts
Showing posts with label #TravelogAmalina. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

#HidupSeorangKokmal (2nd Year, Sem 2, 2014/15)

Assalamualaikum semua.. apa khabar? aku baik je..

Dah lama tak update blog.. busy memanjang je kan.. ni baru ada masa free.. tak free pon sebenarnya.. tapi sebab kokmal boring (padahal banyak keje) so kok amal nak tulis kat sini perkembangan hidup kokmal sekarang. Alhamdulillah dapat survive lagi sampai sekarang. Actually, kokmal takut jugak sem ni sebab banyak subjek killer (econs, planning technique, transport) hishh ..benda kalau main dengan nombor ni buat kokmal jadi allergic sikit..hadoi.. #kenotbrain tau.. hmm harap2 lepas lah sem ni..huhuhu..

Currently,kokmal and studiomate tengah siapkan technical report of Bentong untuk local plan Bentong ( Rancangan Tempatan 2015-2025). Study Approach Report dah submit minggu lepas. So kira ni proceed for the next stage la. Sorry la kokmal campur tolak sikit bahasa harini. malas. 


(ni lah rupa cover study approach report ktorang. kokmal yang design ok..haha.. belagak gle.. tak de la...dah memang keje kokmal.. editor le katakan -..-" . kokmal suka buat cover report ni kalau korang nak tau.. tu je yang kokmal reti nak buat macam mana..hoho)


Sekarang tengah produce technical report ( Laporan Penemuan) . Bagi kokmal stage ni lah yang paling tough sekali..bukan dua kali..haha sakit perit ke apa time ni la..sebab kita kena analysis findings kita ..banyak la liku-likunya. Bukan senang2 lecturer nak approve kita punya analysis. Kadang kita buat tu salah dan tak kena dengan requirement yang dia nak. Tapi bak kata Kak Ila, 'kita kena sabar'. hehe.. setakat ni cukup tido lagi tapi tak tahulah esok lusa tu.. hmm.. lumrah budak KAED . 

#Throwback 2nd Year, Sem 1, 2014/15
Sem lepas kitorang buat SAP (Special Area Plan) for Mukim Kuala Selangor. Masa tu cover satu mukim je, sekarang ni cover satu daerah. Bentong pulak tu..besar gak la.. 

                                                             
(ini dia cover Inception Report and Technical Report sem lepas yang kok amal tak pernah cite. Kuala Selangor pon best jugak, ada Bukit Malawati, Kelip-kelip kat Kg. Kuantan dan macam2 lagi.. satu pengalaman yang menarik masa buat SAP ni. paling penting masa ni lah kok amal asah skill menjadi seorang editor. haha Bukan mudah tau korang, banyak yang nak kena belajar lagi aku ni.tapi Alhamdulillah semuanya baik saja. )


______

Back to the topic, yang bestnya pasal Bentong ni dia ada banyak tempat2 menarik macam Bukit Tinggi, Janda Baik dan Air Terjun Chamang. Dan seperti sem-sem lepas (dan mungkin juga akan datang) ,sem ni kokmal in charge sector transportation and traffic management jugak.hoho.. tak boring ke?..boring gak la..tapi setiap sem tak sama dia punya keje, scope dia jadi makin besar dan luas kalau local plan ni. 

So, masa site visit tu kokmal just tengok jalan je la.. sambil bercuti. #kokamalpsitevisitkebercuti ? haha k jom cuci mata jap dengan pemandangan indah di Bentong ni..

#Throwback 2nd Year, Sem 2, 2014/15

DAY 1: 27/2/2015 Jumaat
Masa first day kitorang (me and studiomate) sampai, kitorng pegi MP Bentong dulu (Majlis Perbandaran Bentong) untuk dapat brief pasal site study ni. Pastu tengah hari sampai petang kitorang naik van ke Mempaga dan Lurah Bilut (Mukim Sabai, if i'm not mistaken la). First time jugak aku jadi tour guide tak bertauliah, pergi pon tak pernah dua tempat ni..haru jugak la dibuatnya..huhu

Basically, Bentong ada 3 Mukim. Mukim Bentong, Mukim Pelangai dan Mukim Sabai. Jadi kitorang divide hari dengan 3 mukim tu. 

(MP Bentong)

(lepas tu kitorang check-in Rumah Rehat Bentong. best sangat ok..selesa duk sini.)
(ini dekat Muzium Lurah Bilut)

(otw to Mempaga.. sedap tau nangka kat sini ^^)
DAY 2: 28/2/2015 Sabtu
Hari kedua kitorang cover area mukim Pelangai. Kebanyakannya felda.. Kitorang gi Felda Chemomoi..tak de gambar sangat sebab tak relate ngan sector kokmal. yang banyak cover area ni sector environment, agriculture..


(D'nur Rina Resort.. comel kan ? bolehlah nak fefeeling ala cite the hobbit gitu..xpun snow white..hehe ..kitorang bermalam kat sini sini utk malam kedua)

(kitorang naik lori nak masuk D'Nur Rina ni..hoho such a great experience.Sebab bas tak boleh masuk, cuma kenderaan kecik je boleh access. )



(pastu kitorang pegi Air Terjun Chamang..wah best tau uolls.. tak tergambar dengan kata-kata.. tapi tu lah memang nak masuk sini jalannya agak bersimpang-siur.. biasalah kawasan berbukit kan..)

(jernih airnya kan.. acece.. padahal nak tunjuk kasut baru..kbai)

DAY 3: 29/2/2015 Sabtu
Haa..ini part yang paling best sebab kitorang pergi tempat tourism ..tapi sayang kokmal tak pegi Janda Baik..huhu.. apepon Bukit Tinggi memang the best! seronok..haha kokmal pon tak pasti samada ni site visit ataupun holiday..hehe

(ni tiket masuk..boleh tengok sendiri la harganya berapa..boleh je nak access guna bas. walaupun jalannya agak berliku..hoho)

(dah macam kat overseas la pulak..sekali sekala apa salahnya jenjalan..hehe)

(other view)

(k lepas tu kitorang pegi Japaness House ..jenuh tau nak naik tangga. tinggi jugaklah tempatnya.. sori guys ni ja gambar yang agak ok yg sempat kok amal snap..bukan apa, sebab masa tu ramai sangat orang..tak dapat nak ambik gambar dengan angle yg lawa...huhu)

(sempat la jejak Botanical Garden kat sebelah Japaness House ni.. cantik pemandangan sini..bunga2 pon lawa)

DAY 4: 1/3/2015 Ahad
Hari ni kitorang balik Uia, tapi sempat jugaklah cover area Bandar Bentong...panjang sebenarnya cerita hari keempat ni ,tapi sekarang kokmal dah ngantuk so kita cerita lain kali lah ye..mianhe..hoho




to be continued...... (kalau i rajinlah)

Sunday, October 19, 2014

#Throwback 2.0 [Part 1]



Assalamualaikum semua..
apa khabar kawan2.. hari ni tiba-tiba rasa macam nak ber'blog ..hmm.. mood throwback dah datang..

Sebenarnya aku nak tulis semua kenangan tu kat sini..tapi aku tahu tak semua boleh diceritakan dengan hanya tulisan semata..sebab bahagia itu datang dari hati kan..

Sinopsinya aku rasa cuti long sem haritu agak adventure sikit.. haha.. ye la kan aku ni bukan jenis yang suka jenjalan ni..tapi haritu entah macam mana aku boleh decide untuk habiskan cuti sebulan kat rumah (Kelate) and the rest aku akan merantau..cewahh..haha.. merantau la sangat.. masa dok kat rumah memang best lah n tak payah cakap la kan.. happy ever after.. tapi kenkadang kita nak jugak try something different sekali sekala..

Bulan Tujuh 2Ribu 4Belas
So, masa ni bulan puasa sebenarnya. First time setelah sekian lamanya puasa sebulan kat rumah. Best kot.. semua benda dah tak payah nak pikir..sahur dan iftar dah tak perlu nak pikir nak beli kat mana ke apa.. hehe.. seronok..


(Disebabkan aku suka makan ayam padprik so i made this masa iftar for my family..first try ok. sedap tak sedap lain cite k..hee)



Bulan Lapan 2Ribu 4Belas
So now the journey begins... first of all #triptoPd :) boleh dikatakan inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Port Dickson..kalau tak sebeb rumah abangku no.1 ada kat situ 'mahunya' aku ke situ..style perak sikit cakap..haha.. untung ada abang duk situ..hoho..


(kenapa aku perlu highlight benda ni kat sini?sebab aku rasa ni lah BAKSO PALING SEDAP yang pernah aku makan setakat ni..dia punya sup memang perghh gle.. #onlyatPD  memang sedap tak tipu ok.. aku yang tak pernah makan bakso jadi suka makan bakso lepas tu tau..^^ )
(#FamilyDay at Pantai Port Dickson ..ini warga pemuda dan kanak2 #IsmailFC dan Chairman nya ada kat tengah2 tu,,ya Tok Ayah kita pon join jugak..jauh datang dari Kelate ni tau.. semangat Tok Ayah nak meluangkan masa dengan cucu cicit ..^_^ sayang Tok Ayah <3 )
(Gegirls #IsmailFC.. tak muat gambar nak ambik gambar semua sekali..huhu)


(so malam tu kitorang warga #IsmailFC ada buat BBQ sikit..best sangat.. main kotak beracun la, cabutan bertuah pastu macam2 lagi..first time buat family gathering gini..lepas ni ingat nak buat kat Cameron Highlands pulak..tapi masih dalam proses perancangan.. insyaAllah)
Lepas #triptoPd ni kita pegi #triptoBanting pulak.. hee..


(kat Banting secara tak rasmi aku jadi Babysitor tak bertauliah kepada budak kecik ni..namanya Faris [payish] agak2 macam mana lah aku boleh jaga budak ni ek..adeii.. dia ada sorang adik namanya Fatih umur 6 bulan..mak ayah keje so akulah jadi mak ayah sementara diorang..haha)
(untuk menghargai usaha aku jadi babysitor sepanjang di Bating about 2 weeks je pon..my brother belanja makan Pizza Hut kat Nilai..thanks bro..gaji pon masyuk jugak,.tidak ku pinta ok..hehe)
(ini semua Ipah yang borong tau..lepas tu dia patah balik tempat yang beli kain ni..sebeb nak tambah stok untuk mak nya kat kelate..perghh..memang masa tu banyak dapat duit raya la katakan..hikhik jgn marah pah..hee)
bersambung...