Showing posts with label Irama n Lagu. Show all posts
Showing posts with label Irama n Lagu. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Pendam Perasaan

Aku suka lagu ni..'Permataku' dedikasi untuk ibuku...

sunyi selubungi malam
mengusik minda dan terlontar jauh
masih hangat terasa
tangan yang membelai 
yang mengusik manja
Daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan
kugapai impian...

Angin kau nyanyikan lagu 
untuk permataku tenang selalu
Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria ,aman dan bahagia
Selimutkan rinduku bersama malammu

Hadirlah dalam mimpiku 
agar kau selalu ada disisiku
Rindu belaian kasihmu 
rindu senyumanmu
Penawar lukaku
Dengarkan laguku hadiah untukmu
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya..

p/s:
kapan kita bisa ketemu?






Monday, June 20, 2011

setenang air di lautan





"jangan disangka air yang tenang tiada naga"  begitulah yang dikatakan badang kepada kawannya dalam filem magika.


 Apa pula kaitan pepatah ni dengan cerita(hidup) aku? Em, senang je .. kadang2 kita tak nampak realiti/perangai sebenar seseorang walaupun kita sudah berkawan lebih dari 10 tahun sekalipun..kata 0m putih, 'Don't judge a book from it's cover' .


tak kisahlah itu cerita orang lain..persoalannya sekarang , adakah anda rasa anda cukup mengenali diri sendiri?


Ada ketikanya, aku rasakan orang lain lebih kenal diri aku berbanding aku sendiri.. Ada kalanya aku rasakan aku tak boleh buat tu ,tak boleh buat ini..Tapi orang kata,dia tahu aku siapa, "kau mesti boleh buat! percayalah.." lebih kurang tulah ayat yang biasanya terpancul dari mulut diorang..simple.Dan sedikit sebanyak dapat tiup semangat aku  yang kian padam.


Sepanjang perjalanan cerita aku,,banyak orang yang aku jumpa..ada yang bawak watak yang baik ada  watak yang jahat sikit,,ada jugak watak sampingan yang mengindahkan lagi cerita aku.. semuanya memainkan peranan yang berbeza dan sentiasa berubah2 mengikut musim. 


Biasalah,kita kan manusia,nobody perfect..Iman kadang2 naik ,kadang2 turun, bila iman dah low tu,cepat2 la cas dengan charger alquran..mudah-mudahan dapat maintainkan balik iman tu..hidup kat dunia ni bukannya lama,..semakin bertambah hari,semakin dekatlah kita dengan kematian..so,apa tunggu lagi?tingkatkan iman dan bawalah bekalan pahala yang banyak di akhirat nanti...Teringat pula aku akan satu lirik lagu ni...

berikanku sebaris kata 
tuk ku susuri jalan gelita
mentera, karamat, kata pujangga,
azimat yang bermakna
disini simpang bercabang tiga,
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta 
mungkir pada yang Esa..


mungkin ku bukan watak utama 
dalam pentas lakonan dunia
bimbang ku turut sama 
pasti aku yang binasa..


berikan aku pedoman ,harapan 
dan jalan kehidupan
tuk ku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah
tunjukkan aku kawan simpang mana arah kejayaan 
timur,utara,juga selatan
atau arah mentari terbenam
Bersama menyusuri jalan para rasul nabi junjungan
menuju ke puncak gemilang terbilang
iman didada mengiring langkah.. 


p/s:
kalau nak diikutkan hati,mahu saja aku pegi daki puncak Gunung Kinabalu semata-mata nak release tension..apakan daya,peluang begitu belum ada lagi dalam hidup aku.InsyaAllah, jika Allah mengizinkan,aku akan sampai jua di sana.haha(angan2ku dari dulu)