Alhamdulillah.. 25 Dec 2020, 2:32pm amal selamat melahirkan bayi lelaki berat 2.8kg secara normal.
#throwback
Sejak dari mengandung lagi memang i niat nk fully breastfeeding my son. I thought it was easy, sebab fitrah kan. Tapi lepas bersalin baru tahu rupanya tak semudah itu bagi i. Huhu.. i know it's normal la kalau awal2 tak keluar banyak susu or cuma keluar colostrum je. Masa kat hospital nurse asyik pressure i suh menyusu. Betul memang kita kena bagi jugak susu even tak keluar. Tapi cara misi tu cakap macam paksa2 i lebih buat i stress.. jd lagi susah nak keluar. Nightmare. Kita dah la awkward lg..huhu
lepas balik rumah..awal2 ok lagi, start hari ke 4 5 baby dah start nangis lain maceim sebab lapar.. huhu malam2 ayah dia la yang tawaf 1 rumah bagi dia tido. After 5 hari macam tu i habis limit dah n tak sanggup nak tengok anak i nangis macam tu. Jadi i mintak tolong my sis Ezzati yang dah 40 hari tu jadi ibu susuan. Alhamdulillah. Tenang sikit baby. Hari ke 5-7 baru susu i kuar sikit. Titis2..uhukk. i stress, baby pon stress.. dia pon susah nak latch. I ambik keputusan untuk pam susu dan bagi susu dalam botol, which later i realized that it was my big mistake. Anak jadi confius.
Well, bcoz i lack of knowledged. My bad.. huhu so i gugel n tanya2 orang lepas sebulan. Sebab i makin risau anak dah start membesar tapi susu dok main takat 2-3oz je. Tambah2 pulak ada mulut2 duk bunyi "baby nangis sebab lapar tu, tak cukup susu" "kena mix dengan fm la tu."..huhu berdesing telingaku ini. I doa banyak2 n sungguh2 supaya Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah .Allah lorongkan jalan melalui k.long .i tanya k.long macam mana dia boleh buat stok susu banyak sangat.amazing gitu..then Alongwcy Mahfuzah suggest i untuk belajar ilmu Sistem Asiah Maharam . Sebab dia kata nak menyusu pon kena ada ilmu n berguru.
I beli ebook. Perubahan yang i buat selepas belajar ilmu Sistem Asiah Maharan ni ialah jenis breast pump yang i guna (yang lebih efisyen), jadual pam i (sebelum ni takde jadual n pam ikut suka hati), pemakanan dan waktu makan i (yg boleh boost tenaga bukan jadi lemak), emosi dan spritual i. Banyak sangat kalau nak cite.
Yang best i ada circle yang positif yang support bf journey i. Anak pon dah makin tenang sebab i pon tenang. Dulu nak dapat paling banyak 2-3oz pon struggle, sekarang Alhamdulillah dah boleh dapat lebih. I pernah dapat 30oz sehari. Walaupun ada fasa susu naik turun tapi i tak gundah gulana lagi.. rileks jurr..enjoy the journey. Sebab i tahu ada cara yang kita boleh buat untuk naikkan lagi. Terpanjang la pulak cerita uhukk. Ok sekian kbai
P/s: Terima kasih coach Asiah Maharam n team atas kerja keras selama ini untuk bantu ibu2 menyusu dengan riang ria. Hanya Allah dapat membalas segala jasa coach.π mohon dihalalkan ilmu yang diajar.
...
Kalau korang ada nak tanya pape boleh tekan link ini: heylink.me/amalinahusin
Atau boleh je whatsapp amal terus utk bimbingan naikkan susu. Www.wasap.my/60176096031