Assalamualaikum...
Setiap cerita,ada permulaan dan pengakhirannya. Bukan mudah bagiku untuk menulis cerita yang aku tidak pernah alami,apatah lagi untuk menjiwai sesuatu watak itu. Penghujung halaman sebuah cerita pasti akan ditulis, 'cerita ini hanya rekaan semata-mata'. Namun bagiku, tak semua cerita itu adalah rekaan. kerana cerita itu tak akan hidup,andai tiada yang menghidupkannya. Selama ini, aku ingat, menjadi penulis itu senang,tapi kini ku sedar bahawa hakikatnya menulis itu sangat susah andai tiada kesabaran dalam menulis.Bukan sewenang-wenangnya kita boleh menghasilkan suatu karya itu. Banyak cabarannya yang aku harus tempuh.Kita perlu hidup dalam setiap watak. Bukan senang nak letak kita dalam tempat orang lain. Rasanya takkan sama.
Akhir kalam, semoga saya dapat menjadi seoarang penulis satu hari nanti. Dari saat ini, saya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengalaman secukupnya.Barulah hasilnya betul-betul mantap nanti.InsyaAllah..semoga Allah redha..
P/s:
Antara penulis yang saya minat, ialah Ramlee Ag Murshid.^^
Dari Tinta,
QausuQuzahin
Bachok,Kelantan Darul Naim.
15 Mei 2012
11:19 a.m
No comments:
Post a Comment