Nak cerita sikit.Harap dapat jadikan iktibar.Ya,pasal malas la.Semuanya bermula sejak aku buat keputusan nak balik rumah cuti ni.Perasaan malas mula menyelubungi diri.Yang pertama,malas nak pergi kelas. 2.Malas nak buat assignment econs.3.malas packing barang. 4.malas cakap dengan orang. 5.Malas fikir apa-apa.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku ni malas sangat .Kalau boleh, aku tak nak buat apa-apa hari ni. Kosong.
1.kenapa aku malas pergi kelas?
Aku jadi malas bila dapat tahu semua kelas pagi batal. Susah-susah je aku iron baju pagi ni.Adoi..Kalau la aku tahu dari awal-awal yang kelas batal ,takkan aku iron baju untuk hari ni. Sabar je la.aku memang malas nak pergi kelas ,lebih-lebih lagi kalau kelas bahasa arab.Bukan aku tak suka belajar bahasa arab,cuma entahlah.. rasanya kalau pergi ke tak ke sama je kot. Aku tetap macam tu jugak.Tak pernah pula aku dapat 'A' untuk subjek ni. Hmm..no komen pasal lecturer.Aku redha je dapat lecturer orang Sudan.Tapi, apakan daya,orang kata ,baik pergi kelas dari tak pergi,manalah tahu kot2 berkat aku pergi kelas,nanti exam dapat ihsan dari lecturer.Amin.Aku tak kisah, sekalipun aku lewat sejam masuk kelas,aku tetap akan masuk dengan 'selamba'nya dalam kelas.'Keep smile and say sorry,madam'.InsyaAllah ,lecturer takkan marah kalau kita memang betul-betul tak sengaja lewat masuk kelas(alasan tu kenalah munasabah sikit).Yang penting,niat kita ikhlas nak menuntut ilmu kerana Allah.Tapi,jangan selalu buat.Tengok keadaan la jugak.Tapi,itu sebenarnya bukanlah isu yang aku nak ketengahkan hari ini.
Seriously, ini pertama kali aku betul-betul malas tahap gaban dan terasa nak ponteng kelas.Namun, hasratku terbatal apabila ada sahabatku menegur dan mengingatkan bahawa perasaan malas ni datangnya dari syaitan yang suka sangat tengok kita jadi pemalas.Jadi, sahabat aku mengesyorkan aku supaya penyakit malas ini dibendung dengan penawarnya iaitu wudhu'.Subhanallah,berkesan jugak ubat ini.Syukran jazilan aku ucapkan kepada Siti Norazilah(ila) untuk tips yang berguna ini.InsyaAllah akan ku praktikkannya di masa hadapan jika aku menghadapi masalah yang sama lagi.Bukannya sebelum ini aku tak tahu,cuma aku tak pernah buat bila aku malas(iyalah, malas la katakan).Terima kasih atas Teguran yang sangat membina. peristiwa ini telah membuat hati aku terjentik. Insaf. :') Aku mula muhasabah kembali.
P/s:
#jangan mudah tergoda dengan bisikan syaitan yang senantisa setia menyeru kita untuk jadi : mengantuk = tidur banyak + makan banyak -->malas
#Banyakkan istighfar bila perasaan malas itu hadir menjengah minda.
#Ingat tujuan kita diciptakan,bukan untuk bermalas2,bekerja untuk Allah(hamba Allah+ khalifah).
#banyakkan berdoa, moga kita dilindingi dari sifat malas dan bertangguh-tangguh.
#jangan minum nescafe untuk menghilangkan mengantuk kerana minum nescafe adalah tidak baik untuk kesihatan.
<remember: exam is around the corner>
*maaf atas segala kekhilafan diri ini.saya masih dalam proses membaiki diri dan jiwa.Moga anda semua tidak malas seperti saya.Rajin-rajinlah selalu.k. wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment