Assalamualaikum.. hai. Guess what? kita dah masuk 2020 gaiss.. dah bersarang agaknya blog ni. Saja je tadi i usha balik, oo rupa-rupanya masih ada. Well, bila go through balik, baru perasan tahun 2017 dan 2019 tak post apa-apa langsung. Like what?.. ye lah mana ada main blogspot dah sekarang kan. Dah tak macam dulu. Sekarang orang lebih prefer facebook, Instagram atau buat website sendiri kalau nak share apa-apa.
I don't know how to start or begin with, since dari 2017-2019 pon i takda cite pape kat sini. Nak menulis ni pon terfikir nak tulis bahasa pasar ke bahasa baku formal ke bahasa rojak (manglish). hmm.. sukahatilah kan.. kisah pulak aku..huhu
Tapi biar i bagi sinopsis la sikit apa yang berlaku 3 tahun lepas. Basically, 2017 tu i sangat sibuk dengan final year study di Uiam. Alhamdulillah I grad bulan 11 tahun 2017 dengan jayanya. Seperti sedia maklum, I degree in major Urban and Regional Planning. Banyak benda yang berlaku. I pergi site visit ke Brunei, I buat thesis, I ambik independent study dan macam2 lagi. Panjang cite kalau nak throwback. Anyway, tu lah tahun last i belajar di uia..hmm sayu pulak kalau nak diingat balik. Tapi hidup perlu diteruskan.
Convo 2017 |
Then awal tahun 2019. I ada kenal dengan sorang mamat ni dan dah selamat jadi suami i sekarang. Raya puasa ketiga kami bertunang, Raya haji ke-3 kami berkahwin..hehe. Kenal kejap je. Sebulan macam tu, dia masuk merisik. Tu je. Nanti i cite panjang kat post lain yer. Lain kali.
E-day |
Solemnization Amalina X Amin |
Jadi begitulah sinopsisnya. Move on to year 2020 pulak di entri lain. Tough sikit 2020 ni. Bukan i sorang je rasa, malah seluruh dunia menghadapinya iaitu wabak corona virus atau Covid-19. Terima kasih sudi baca kisah i.
Yang rajin menulis,
Amalina Mat Husin
Salor, Kelantan
10 April 2020
12:04 PM