Sunday, October 19, 2014

#Throwback 2.0 [Part 1]



Assalamualaikum semua..
apa khabar kawan2.. hari ni tiba-tiba rasa macam nak ber'blog ..hmm.. mood throwback dah datang..

Sebenarnya aku nak tulis semua kenangan tu kat sini..tapi aku tahu tak semua boleh diceritakan dengan hanya tulisan semata..sebab bahagia itu datang dari hati kan..

Sinopsinya aku rasa cuti long sem haritu agak adventure sikit.. haha.. ye la kan aku ni bukan jenis yang suka jenjalan ni..tapi haritu entah macam mana aku boleh decide untuk habiskan cuti sebulan kat rumah (Kelate) and the rest aku akan merantau..cewahh..haha.. merantau la sangat.. masa dok kat rumah memang best lah n tak payah cakap la kan.. happy ever after.. tapi kenkadang kita nak jugak try something different sekali sekala..

Bulan Tujuh 2Ribu 4Belas
So, masa ni bulan puasa sebenarnya. First time setelah sekian lamanya puasa sebulan kat rumah. Best kot.. semua benda dah tak payah nak pikir..sahur dan iftar dah tak perlu nak pikir nak beli kat mana ke apa.. hehe.. seronok..


(Disebabkan aku suka makan ayam padprik so i made this masa iftar for my family..first try ok. sedap tak sedap lain cite k..hee)



Bulan Lapan 2Ribu 4Belas
So now the journey begins... first of all #triptoPd :) boleh dikatakan inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Port Dickson..kalau tak sebeb rumah abangku no.1 ada kat situ 'mahunya' aku ke situ..style perak sikit cakap..haha.. untung ada abang duk situ..hoho..


(kenapa aku perlu highlight benda ni kat sini?sebab aku rasa ni lah BAKSO PALING SEDAP yang pernah aku makan setakat ni..dia punya sup memang perghh gle.. #onlyatPD  memang sedap tak tipu ok.. aku yang tak pernah makan bakso jadi suka makan bakso lepas tu tau..^^ )
(#FamilyDay at Pantai Port Dickson ..ini warga pemuda dan kanak2 #IsmailFC dan Chairman nya ada kat tengah2 tu,,ya Tok Ayah kita pon join jugak..jauh datang dari Kelate ni tau.. semangat Tok Ayah nak meluangkan masa dengan cucu cicit ..^_^ sayang Tok Ayah <3 )
(Gegirls #IsmailFC.. tak muat gambar nak ambik gambar semua sekali..huhu)


(so malam tu kitorang warga #IsmailFC ada buat BBQ sikit..best sangat.. main kotak beracun la, cabutan bertuah pastu macam2 lagi..first time buat family gathering gini..lepas ni ingat nak buat kat Cameron Highlands pulak..tapi masih dalam proses perancangan.. insyaAllah)
Lepas #triptoPd ni kita pegi #triptoBanting pulak.. hee..


(kat Banting secara tak rasmi aku jadi Babysitor tak bertauliah kepada budak kecik ni..namanya Faris [payish] agak2 macam mana lah aku boleh jaga budak ni ek..adeii.. dia ada sorang adik namanya Fatih umur 6 bulan..mak ayah keje so akulah jadi mak ayah sementara diorang..haha)
(untuk menghargai usaha aku jadi babysitor sepanjang di Bating about 2 weeks je pon..my brother belanja makan Pizza Hut kat Nilai..thanks bro..gaji pon masyuk jugak,.tidak ku pinta ok..hehe)
(ini semua Ipah yang borong tau..lepas tu dia patah balik tempat yang beli kain ni..sebeb nak tambah stok untuk mak nya kat kelate..perghh..memang masa tu banyak dapat duit raya la katakan..hikhik jgn marah pah..hee)
bersambung...