Friday, August 2, 2013

Me and NIQAB #2

Assalamualaikum. .

Hari nak sambung cerita berkenaan saya dan niqab. Ramai Yang sering bertanya kepada saya kenapa saya berniqab?. Tak kira tua atau muda semua mengajukan soalan yang sama ..saya tak jemu menjawabnya. Kalau seseorang itu ikhlas bertanya saya tiada masalah untuk memberi pandangan . Syukur sehingga hari ini, di bulan ramadan Yang mulia ini saya berpeluang untuk memperbaiki diri. Sedikit catatan dari hati saya..

Sabtu 27 julai 2013
Hari ni family ajak saya  pergi mydin. As usual,i'm wearing niqab. Tak tahulah pula kalau pakai Yang jenis full niqab tu boleh jadi satu isu. Tak apalah, atas permintaan keluarga saya pilih untuk pakai half niqab. Nak ikutkan hati, memang saya lebih suka dan selesa pakai niqab penuh atau Yang tutup dahi tu. .xpe lah, asalkan masih menutup aurat, redha orang tua lebih aulah pada saya untuk diutamakan.

#niqab on off ?
Ada orang tanya saya soalan diatas ni. Pada saya, dalam diri setiap orang Yang berniqab atau berpurdah pasti dia tidak ingin on off pakai niqab, kalau boleh nak pakai sokmo(sentiasa).jangan condem niqabis Yang on off pakai niqab ,mesti ada sebab mengapa mereka pilih untuk begitu. Ada tempat tertentu dimana adalah lebih baik menanggalkan niqab, bukan sebab tak boleh pakai atau sebagainya tapi untuk mengelakkan fitnah Yang lebih besar .
Itu cuma pendapat saya Yang masih belajar ini. Saya memegang kepada hukum harus berniqab di tempat tertentu spt di tempat awam bagi menjaga kehormatan diri. Pada Yang berpegang pada hukum wajib pula,saya sangat respect kepada mereka. Saya tahu sudah tentu banyak cabaran Yang mereka hadapi ,semoga Allah sentiasa nenjaga mereka.
Tak penting pandangan manusia. Yang penting pandangan Allah. Allah tahu niat kita. Dia akan sentiasa disisi kita disaat semua manusia meninggalkan kita.
Setakat ini sajalah untuk hari ini. Jumpa lagi di episod seterusnya. Insyaallah. .

Me,
Qausuquzahin.