Sunday, July 21, 2013

Untold Story.


Assalamualaikum semua..
Hari ni mood agak sayu,bukan apa cuma rasa seperti diluah mati mak ditelan mati bapak. 

akukah yang bersalah?
Sadisnya rasa bila ada orang cuba mempertikaikan kreadibiliti guru kita.kenapa? Kenapa masyarakat kita suka sangat meng'cop' orang ? Salahkah aku ingin belajar ilmu 1)tauhid,feqah,tasawuf dan pada masa yang sama 2)belajar ilmu hadis?

jujur aku suka dengan kedua-dua 'jemaah' itu. Tapi Mengapa bila aku pergi belajar yang no.1 itu aku digelar golongan  tarekat atau berjiwa sufi?dan bila aku ke majlis no.2 pula aku sering dikatakan 'wahabi' atau 'salafi'?

Cukup.Aku tidak mahu dengar lagi.Budaya kutuk-mengutuk bukan ajaran Nabi kita.

 Aku hormat dan faham kedua-dua belah pihak sebab aku dah join mereka.Dan aku rasa kedua-duanya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama,,cuma mungkin cara yang berbeza.

Jangan pernah kata kita tahu selagi kita tidak pernah melaluinya.

Pening.
Bukan sebab no.1 atau no.2 ..tapi sebab kata-kata mereka yang memeningkan .Andai pendapat sering bercanggah mengapa tidak mencari jalan berdamai,daripada duk mengumpat sana sini lebih baik kita jaga diri kita sendiri.Dunia dalaman cermin dunia luaran.

Aku hanya mampu tersenyum tatkala mereka saling bertikam lidah mempertikaikan antara jemaah satu pihak yang lain.  Cubalah toleransi andai benar dakwaanmu itu berkenaan isu akidah.Jangan main tuduh-tuduh antara satu sama lain.tak guna satu sen pun,habis air liur saja..

Fitnah zaman moden
kalau dulu kena pergi rumah jiran sebelah nak buat 'ketupat'.tapi sekarang mudah je..cuma perlu tekan button 'share' maka keluarlah status itu dekat Home jiran dan kawan kita."En.X berkahwin lgi...Pn.J selamat bercerai dan banyak lagi..

Aduhai..tahu tak betapa besar padahnya andai apa yang kita share itu salah mungkin boleh jadi fitnah?..tak pernah terfikirkah anda? 
benarlah diakhir zaman ini memang akan ada banyak fitnah.

ok setakat ini sajalah..Assalamualaikum..

Tinta,
QausuQuzahin
Subang,Selangor


Saturday, July 20, 2013

Aku dan NIQAB #1

.::Skrip Kehidupan::.



Ahad,23 Jun 2013
Hari ini nisfu syaaban,aku mengambil berkat tarikh ini untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup aku, ya aku ingin berhijrah.Hijrah dari semua sifat mazmumah,hijrah dan sentiasa berhijrah ke arah yang lebih baik.Dengan itu aku membuat keputusan yang bakal membuat semua orang terkejut iaitu 'berNiqab'. titik.Apa nak jadi pun jadilah,aku tekad hari ini aku ingin menutup wajahku dengan sehelai kain,mudah-mudahan ia boleh menjadi proses tarbiah dan mujahadah untukku.

Aku tahu banyak cabaran dan ujian yang sedang menanti aku selepas aku berniqab.Aku tak kisah,aku hanya inginkan kebahagian mendapat teduhan kasih dari Allah. Setiap kali aku lemah,kalimah inilah yang akan memujukku "Illahi, kau yang ku tuju,redha-Mu yang ku cari ,kurniakanlahku mengenalMu dan mengasihiMu." 
 .Sebelum aku mengambil keputusan ini,telah banyak persoalan yang aku sendiri timbulkan,seperti:
" macam mana respon semua orang terutamanya orang yang paling dekat dengan aku..?nanti kenalah istiqomah..?bukan wajib pun pakai niqab ni..?aku bukannya cantik pun kalau  nak pakai niqab ,tak ke timbul fitnah nanti kalau aku buat silap ke apa?Tak rasa awal sangat ke?banyak benda lagi tak belajar?karier?study macam mana? .."
dan banyak lagi persoalan yang menerjah fikiran aku bertubi-tubi dan akhirnya bertukar menjadi alasan untuk membatalkan hasrat aku itu.Ya Allah..Aku tarik nafas dan istighfar serta selawat berulang kali.Ini rencana syaitan yang berbisik di hatiku selalu agar aku melupakan hasrat untuk berniqab. Syaitan takkan pernah senang duduk melihat umat manusia ingin berubah ke arah kebaikan apatah lagi mendekatkan diri kepada Allah.

Aku pejam mata untuk seketika dan teringat dengan kata-kata ini." hidup ini sebuah cerita,kita yang mengawal cerita,bukan cerita yang mengawal kita."  Aku ingat akan janji Allah dalam hadis qudsi ,"
"Aku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku. Jika dia merasakan Aku dekat, maka Aku dekat dengannya. Begitu sebaliknya. Jika hamba-Ku datang dalam berjalan biasa, Aku datang kepadanya dengan berlari-lari anak. selangkah hamba-Ku kepada-Ku, seribu langkah Ku mendatanginya."
Ahad,30 Jun 2013
Alhamdulillah,hari ini kali ke-3 aku memakai niqab,aku keluar membeli barang dapur di Pasar Selayang. Selamat.Itu saja yang mampu aku katakan,terasa diri dilindungi Allah apabila mengenakan niqab di wajahku.Abangku yang tak tahu aku sudah berniqab tak terkata apa-apa,cuma senyap dan tanya "berapa harga sehelai niqab?..". hoho.. sekali imbas pandangan masyarakat kat Pasar Selayang tu tiada yang prejudis terhadapku .baguslah begitu

Mentaliti Masyarakat :yang terlalu 'positif' 

#orang pakai niqab mesti cantik kan..

Kadang expectation orang terhadap orang berniqab ni tersangatlah tinggi.AKu tak boleh lari dari kenyataan itu.Aku ini memang boleh dikatakan tiada dalam kategori orang cun ke comel ke cantik ke apa..tapi aku tetap bersyukur dan menerima diriku seadanya. .Cuma satu je aku nak cakap,"kerana dirimu begitu berharga." Bagiku, cantik itu subjektif.Lain orang lain mata yang menilai,apa yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.Beginilah ,biar aku beri satu analogi.
"Wanita ini umpama emas.Walaubagaimana pun rupa dan bentuknya ia tetap emas.Bandingkan saja ia menjadi jadi Gold bar dan cincin.Gold bar tidaklah diukir terlalu indah jika dibandingkan dengan cincin emas yang dihiasi permata.Namun ,ia tetap mempunyai nilai yang tinggi dan mahal.Kedua-duanya disimpan dan dijaga rapi didalam bekas kaca dan dikunci.Begitu jualah wanita."
Got it?..  Jangan susah hati kalau kita bukan rupawan ke apa,yang penting niat kena betul kerana Allah semata-mata. Bila berniqab ni kita kenalah jaga tatasusila ,dan pakaian mestilah menutup aurat,sopan serta tidak bertabarruj,.Barulah mencapai matlamat pemakaian niqab yang sebenarnya.ok :)

#Eh..ustazah?..

Aku tahu dan sedar aku siapa.Budak kos AED yang nak ambik majoring dalam Urban and Regional Planning. Jadi kenapa?Aku rasa tak ada masalah pun kalau budak kos ni nak pakai purdah ke niqab ke topeng ultraman ke apa..bukan salah pun.Selagi masih dalam batasan syara'.bukannya kita nak buka aurat...salah ke?."I choose to wear niqab,that's my choice.Everyone deserve a chance to change ,right?. Biar orang nak kata apa,bukannya diorang yang pakai kasut kita[analogi].Ada satu lagi kata-kata pujangga yang aku masih ingat sampai sekarang..
"Biarpun anda sudah berada dilandasan yang betul,jika anda tidak berjalan meneruskan perjalanan,anda tidak akan kemana-mana."
Aku bukan ustazah,tapi aku ialah hamba dan khalifah Allah.itu sahaja.

Sabtu,6 Julai 2013 bersamaan 27 shaaban 1434H

Makan di PizzaHut

Pada hari ini buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Restoran Pizzahut .ok berniqab. hoho..cerita sebenarnya nak order dan pastu makan kat rumah je tapi tiba-tiba Si Ameen dan Aman tu terjaga dari tidur,pastu nak ikut pergi makan kat pizzaHut.Jadi terpaksalah makan kat situ.
macam mana?macam tulah..hehe..Alhamdulillah tak ada apa benda yang pelik pun.Semua orang pandang aku macam biasa je.rilek cool je diorang.InsayaAllah.. no problem at all lah! :D
"Bila kita bersangka baik dengan orang,orang pun akan bersangka baik dengan kita.what we give ,We get back.."-kata Prof Dr. Muhaya
Kami [saya dan keluarga] makan di PizzaHut kat Subang 2.Cantik tempatnya,sangat eksklusif bagi saya.Tempat tu tak sesak macam restoran lain. Orang lain termasuk cashier tu ok je tengok aku, cuma aku je yang agak kekok sikit. Almaklumlah baru belajar makan sambil pakai niqab ni..

Mula-mula saya makan sup sambil tunggu pizza yang sedang dimasak.ok.percubaan pertama memasukkan sup tu ke dalam mulut gagal. Adoi kena kat niqab .tak pe,first time kan..Tak tahulah ada orang perasan ke tak..huhu.. tapi lepas tu dah ok,kena biasakan makan pakai niqab,terutamanya kat tempat awam.

Alhamdulillah selesai makan.Bila pakai niqab ni kita akan jadi lebih berhati-hati untuk makan dengan sopan,perlahan-lahan dan berserderhana ketika makan.ikut sunnah Rasulullah.. :


[gambar ni bukan saya ye..copy paste je.cc: org yg kt dlm gambar ni.tq :)]
Ahad 7 Julai 2013
seperti biasa pada hujung minggu aku akan ke majlis ilmu bersama kakakku.


#FLASHBACK STORY: bilamana pintu hati terbuka..

Ahad 21 April 2013
Hari itu masih ku ingat saat pertama kali ku menjejakkan kaki ke kediaman ustaz Azahar Hasyim dekat Subang Bestari.Tarikh yang takkan aku lupa iaitu jatuh pada hari kelahiranku yang ke -20. Sudah separuh abad aku hidup dan akhirnya baru ku temui apa yang aku cari selama ini.Hidayah. Tak tergambar rasanya betapa indahnya berada di dalam majlis ilmu ini.Dulu pernah sekali aku bermonolong sendiri..
"aku ini sudahlah kurang ilmu agama,tahu pun sekadar tahu sahaja tak pernah tahu kenapa aku buat itu dan ini..hmm..sedihnya rasa bila diri sudah seperti sudah jauh dari Tuhan,padahal Allah itu sangatlah dekat denganku..teringin sangat nak belajar agama dengan sebenarnya,,kalau dahulu aku belajar kerana ingin lulus peperiksaan sahaja,walaupun mulutku berkata Lillahitaala,namun hatiku tidak begitu.Nak dapat score tinggi,pastu dapat kerja bagus,jadi kaya dan bla..bla..bla..pastu bila tak dapat gred atau markah yang diimpikan,mulalah frust menungging pastu kata macam2, kadang2 putus asa..macam tu ke belajar kerana Allah?..itulah aku dulu.tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.."
Disana ku lihat semua muslimat berpakain serba hitam dan sebahagian dari mereka berniqab,entah kenapa ku rasakan ketenangan melihat mereka. Kagum dan respect dengan mereka.Aku pula masa tu memakai tudung labuh berwarna oren dan berjubah hitam."Tak sangka ada juga tempat sebegini di sebuah bandar yang serba moden ini."Desis hati kecilku.

Hijab Hati

Jika diimbas kembali ,aku bukanlah seorang yang terlalu peka dengan hal agama.Bila aku dipelawa ke majlis ilmu,adakala aku pergi,dan adakalanya tak.Entahlah aku tak tahu kenapa..malas.bercerita tentang niqab,aku bukanlah jenis yang suka condem orang yang berniqab.Bagiku itu hal diorang."Peduli apa aku?..baguslah kalau berniqab..kalau aku memang taklah kan.."itu ayat aku suatu ketika dahulu yang jahil agama.

Sebelum ni aku tak pernah pun terlintas atau terfikir untuk berpurdah atau berniqab selama hayat aku hidup ini. Aku cuma ambil masa 2 bulan dan terus buat keputusan untuk berniqab.InsyaAllah slow2 aku cuba istiqamah.setakat ni mungkin aku pakai niqab diluar pada rumah dan kampus.InsyaAllah,bila aku dah betul-betul bersedia aku akan pakai fulltime except dalam rumah la.Agaknya mungkin dulu hati aku ni ada hijab,sekarang insyaAllah perlahan-lahan hijab itu terbuka untuk menerima ilmu. Syukur atas rahmat Allah.

Sakinah yang ku cari

Aku makin tertarik.Indah.Tenang,.itulah yang ku rasakan.Back to the story..Mungkin kerana warna tudungku yang agak contra itu [kerana yang lain semua pakai seba hitam..aku je yg tiba2 warna oren tudungnya],lalu ustaz menegur aku.."baru datang sini ke?.." tergagap-gagap aku menjawabnya."iya.." Malu.Macam aku alien je kat situ. :D tak pelah budak baru belajar la katakan..ustaz itu sangat prihatin dengan anak muridnya, segala nasihat dan tegurannya aku akan ingat sampai bila-bila.

sejak dari itu aku makin suka belajar agama,Kalau dulu aku macam takut2 je nak join usrah ke talaqqi ke sekarang rasa lebih terbuka untuk ke majlis ilmu, selain ustaz Azhar,Maulana A'sri Yusuff pun sangat bagus ilmu hadisnya.Anda boleh search di Youtube atau google..Setiap dai'e itu ada pendekatan dan cara yang berbeza dalam mengajar ilmu.Alhamdulillah ,setakat ini aku tiada masalah ,matlamat sama cuma cara yang berbeza.Bagi aku belajar yang sebenar itu perlulah berguru. Wallu'alam,..

Golongan yang suka 'Melebel'

Bila belajar ilmu agama ni,biasalah mulut orang mana kita boleh tutup kan?..ada orang suka kata dan lebel kat kita macam2..kalau pakai macam ni ke pergi tempat sekian2 tu geng tabligh la,al arqam,salafi,tasawuf la... ,apa lagi?..pernah juga telinga ini dengar statement dari kawan"oh..dia ni orang wahabi ni kau jangan dekat sangat dengan dia..",ada juga yang kata.."dia tu geng2 sufi tak payahlah pergi kat situ dan bla bla bla...". 

Dan pendirian aku,kita mesti terbuka dalam menerima apa jua pendapat dan khilaf.Aku belajar itu.Kalau orang tanya aku aku jemaah apa?..Aku islam hamba Allah dan umat Nabi Muhammad.cukup itu saja. Bila aku selami dan dalami kenapa orang itu kata begini dan orang itu kata begitu,ku lihat keindahan islam.Benar,Khilaf itu rahmat.

Cuma kalau ada orang cuba menyangkal kita,pertamanya kita haruslah bersabar.dengar dulu apa yang dia cakap dan ingin sampaikan pada kita.Mungkin ada benarnya,Aku belajar untuk menerima setiap pendapat orang.

Never underestimate the power of one person. Mereka berniat baik.Mereka cuma tidak ingin kita terjebak ke kencah bahaya atau tergelincir akidah.Tapi jangan risau,insyaAllah saya tahu dimana batas syarak,dan saya tahu apa yang aku buat .insyaAllah..

Suatu Pengajaran

Tetapi sebelum itu ,ada kisah yang ingin diceritakan..kisah ini berlaku kira-kira pada awal tahun ini,mungkin dalam bulan 2-3.Masa aku balik dari studio,ada seorang pak cik datang menyapa kami[aku dan kawan2] .Dia bertanyakan pada kami ,bagaikan ingin menduga kami selaku pelajar AED [Architecture and Enviromental Design] tentang pilihan jurusan yang kami ambil."Kenapa dan mengapa ambil kos ni?Apakah sudah tiada course agama ke di Uia ini?"tersentak aku.. macam-macam soalan yang diajukan bertalu-talu.Dalil pun dikeluarkan.Aku tidak menafikan semua itu ada kebenarannya.Aku hormat pandangan pak cik itu.Terima kasih pak cik.

Tujuan sama,arah yang berbeza

Niat pak cik itu baik.Tapi..Setiap manusia ada jalan cerita masing-masing,semuanya ingin menuju ke tempat yang sama  iaitu mendapat redha Allah,cuma mungkin jalan kita tak sama.Ada orang nampak kalau ingin ke KL dari Kelantan kena lalu jalan Gua Musang,ada orang akan guna jalan dari Terengganu,begitulah analoginya.Ada hikmahnya.percayalah..

siapa kita untuk menghukum orang?kita cuma insan biasa yang pastinya membuat kesilapan,dan dari kesilapan itulah membuat kita untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi lebih baik.Allah tidak akan memberati hambanya melainkan kemampuan hambanya.ingat tu..

Last but not least,

This is my journey..life goes on..jangan jadikan masalah itu sebagai batu halangan,jadikan setiap masalah itu sebagai batu loncatan ok :),yang mana ia akan membuat kita melompat lebih tinggi. aku tetap dengan pendirian aku sendiri.

Biar apapun orang kata,ini sudah menjadi jalan hidupku yang sudah menjadi kehendak-Nya. Aku akan teruskan menuntut ilmu fardhu kifayah ini dan pada masa yang sama mencari ilmu fardhu ain .Umat islam harus cemerlang,kalau tidak kita,siapa lagi?..

Biar orang nak kata apa..Selagi kita tahu mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu itu ,teruskanlah..InsyaAllah ..the main point is..kena ingat bahawa setiap kisah yang Allah beri itu terkandung banyak hikmah,macam pak cik tadi,aku percaya semua ini dari Allah,Dia yang mentakdirkan aku untuk bertemu dengan pak cik itu untuk menguji iman aku.ternyata aku masih daif dalam ilmu wahyu ini.Astagfirullah...aku sedar itu.:'( 

ceritanya panjang,namun setakat inilah dulu entri pada kali ini.Ada kelapangan,insyaAllah saya sambung lagi.

sekian dari saya yang masih khilaf.Maaf dipinta andai penulisan ini terdapat kecacatan.Maaf jika tulisan ini membuat anda merasa saya bajet bagus.sekadar berkongsi pengalaman sahaja.tidak lebih dari itu.Teguran yang membina amatlah dialu-alukan.. terima kasih.

p/s:
*ku ingin pinjam kata-kata dari seseorang.."it's not about fatwa,but it's all about taqwa.." renungkan. :)
*Jutaan Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong penghijrahan saya ini. Jasa kalian amat saya hargai. :')

*kalau nak tahu pasal dalil atau hukum berniqab silalah rujuk kepada ustaz dan ulama', saya bukanlah orang yang tepat untuk becakap tentang itu.Kepada yang baru berniqab atau ingin berniqab,saya doakan anda kuat,dan mohonlah kekuatan dari Allah,hanya Allah sahaja yang bisa memberi kekuatan pada hati mu itu.Mohon undur diri.Assalamualaikum.

Catatan hati,
QausuQuzahin
Subang,Selangor.
20 Julai 2013


Thursday, July 4, 2013

Cuti-Cuti Cinta #Edisi Bulan Jun

Assalamualaikum saudara saudari chikibum2 ^_^.. semua sihat?


Alhamdulillah, kali ni saya nak update sikit cerita cuti saya ni..3 bulan la katakan..tak kerja,tak ambik lesen,tak jual biskut raya,tak jual nasi dan tak jual apa-apa..[semua plan terpaksa di'cancel'kan atas sebab-sebab tertentu]..tapi tak mengapalah ,bukan bermakna saya tak buat apa-apa cuti ni ..saya kerja jugak ,jadi 'bibik' ..hehe..tak de la cuma jaga anak sedara je cuti ni, 2 minggu sekali saya akan balik kampung kat Kelate.begitulah selalunya.

22 Jun 2013: Wetworld ,Kami Datang!
Nak cerita pasal cuti pulak.Hari tu saya ada pergi lawatan ke Wetland dengan Ameen[my nephew].Tadikanya minta seorang penjaga untuk setiap pelajar.Jadi saya ikutlah.. hehe.. ni dia tiketnya..

[first time kot ..hoho ^^]
Sebenarnya agak panas jugak cuaca masa tu,almaklumlah jerebu..balik dari wetworld ni saya terus demam -..-" adoi..saya ni bukan buat apa pun kat situ,sekadar jadi pemerhati gelagat Ameen sedang bermandi manda..huh..jeles i

[posing2.. ;) yang kat sebelah Ameen tu namanya Aina,kesian dia ayah dia tak dapat ikut,so aku lah jadi pengapitnya]

[sekitar pemandangan di Wetland,Shah Alam]
[seronok berenang katanya-ameen]
Kemalangan
Dalam pada kita gembira tu,ada juga kisah dukanya.:( Sehari sebelum saya ke Wetland saya telah pergi melawat seorang sahabat saya di Hospital Kuala Lumpur .Dia dimasukkan ke wad kecemasan  setelah mengalami kemalangan bas,.Dilaporkan pemandu bas berkenaan memandu bas agak laju,kemudian terbabas di Bentong.Bas itu membawa kira-kira 25 orang penumpang ,seorang kanak-kanak berumur 3 tahun meninggal dunia,manakala 6 orang parah termasuklah sahabat saya tadi.Kecederaan ditangan kirinya agak serius menyebabkan tangannya terpaksa dipotong.AllahuAkhbar!.Bederai air mataku mendengar perkhabaran itu. Sungguh beliau termasuk dengan orang-orang yang beriman yang sedang diuji.Ya Allah tabahkanlah hatinya menempuhi cubaan ini.Aku pun belum tentu tabah sepertinya,bisa tersenyum dikala gundah.Syafakillah ya ukhti.

[petikan status fb ku :'( ]
"Benarlah..Bila Allah sayangkan hambanya,maka Dia uji.."-ustaz Pahrol

Cari Kerja
Datang ke sini sebab nak cari kerja jugak sebenarnya,kerja 'menuntut ilmu' dengan pak Ustaz Azhar Hashim Al Hamdrami dan Maulana A'sri Yusuff. Macam biasa,setiap petang Sabtu saya akan ikut abangku no.3 pergi mengajar bahasa arab kat Gombak,sambil2 tu bolehlah tumpang sikit belajar bahasa arab ni :) Jadual agak padat pada hujung minggu saja. kalau hari biasa saya akan ikut abang atau kakak pergi dengar ceramah atau kuliah ,biasanya kat Masjid Negeri, Shah Alam. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Mudah-mudahan saya istiqomah dalam menuntut ilmu wahyu ini.Doakan saya ye kawan2.. :)

Setakat inilah celoteh saya pada entri kali ini,sebenarnya banyak lagi nak cerita..tapi tak pe kita simpan dulu cerita tu,InsyaAllah,ada masa lain kali saya tulis..k,sekian..wassalam..

p/s:
#SALAM RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua pembaca :) Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya,sama-samalah kita berusaha menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.Ameen. :)



Hamba yang berdosa,
QausuQuzahin
Subang,Selangor
4 Julai 2013
12:41 a.m waktu Malaysia