Wednesday, August 31, 2011

Syawal datang,Ramadhan Pergi

Assalamualaikum..


Lumrah kehidupan.Setiap pertemuan ada perpisahan. Semoga kepergian Ramadhan kali ini memberi berjuta erti dalam kehidupan kita.Em,rasa kehilangan pun ada.Bila ramadhan ada tak terasa pula,tapi sekarang mula terasa sunyi bertandang di jiwa.Terawih setahun sekali.Tahun ini sungguh meninggalkan memori yang cukup indah dalam hidupku.Ini adalah kali pertama aku berpuasa di perantaun hampir sebulan.Hari-hari yang ku lalui sepanjang bulan puasa tahun ini cukup memberi kesan dalam hidupku.Semuanya sungguh berbeza sekali.

Sebelum ini,segalanya telah diatur.Aku hanya kena tunggu arahan untuk makan sahur,berbuka puasa,solat terawih,mengaji quran,solat berjemaah dan lain2 lagi tanpa perlu berfikir panjang.Kebiasaannya ayahku yang akan mengingatkan aku tentang semua itu.Namun Ramadhan tahun ini,aku mesti berpijak dengan kaki sendiri.Jadi,aku mula belajar berdikari bermula dari huruf A hingga Z. 

Aku tak boleh nak bergantung sangat dengan orang.Kehidupan mesti diteruskan.Sahabat2 seperjuangan memang banyak membantu aku.Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang kalian beri selama ini padaku. Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila.Kerana kalianlah yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.Maafkan segala salah  silap yang selama ini aku lakukan pada kalian.Akhir kalam,Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga kalian sentiasa dicucuri rahmat.

p/s: credit to all my friends.